Followers

Powered By Blogger

Saturday, 24 March 2012

I Love Photography


Nama : Mohammad Sulaiman Bin Esa
Tarikh Lahir : 21, 12, 1993
Sekolah: SK Tanjung Bunga 2000-2005
              SMK Haji Zainul Abidin 2006-2010

Mula meminati bidang fotografi sejak di bangku sekola. Pada mulanya hanya meminati ditahap biasa tetapi mula membuak -buak minat terhadap fotografi. Semakin lama semakin gila terhadap fotografi. Pada masa itu ( 2007 ) saya tidak mempunyai sebarang kamera. Saya hanya melihat cikgu di sekolah menggunakan kamera cangih dan amat cemburu sekali. Tetapi rezeki belum menyebelahi saya, jadi saya sabar jela.. Pada masa itu saya telah menela'ah ilmu tentang fotograi melauli internet, otai-otai , dan mempelajari daripada ayah yang juga bekas seorang juru foto.
Pada tahun 2009, buat pertama kali saya memiliki sebuah kamera kompak digital 8 megapixle. Saya amat teruja. Hampir setiap hari saya berexperimentasi dengan menggunakan kamera itu. Setiap masa saya akan mengambil gambar dan gambar yang diambil saya rujuk kepada pakar-pakar fotografi. Dari situ saya mendapat lebih banyak ilmu tentang fotografi. semua gambar saya upload ke akaun facebook. http://www.facebook.com/sulaiman.dx

Pada Tahun 2011, Penantian selama lebih beberapa tahun akhirnya berakhir, Buat kali pertama saya memiliki Dslr pertama dalam hidup saya iaitu EOS Canon 1000d bersama lensa kit 18-55mm dan speedlight Nissin Di622 Mark II. Sejak dari itu saya mula bergiat dalam fotografi dengan lebih serius dan Alhamdulillah Kengkawan. cikgu,ibu bapa menyokong saya.

Selepas beberapa bulan bermain dengan DSLR, saya mendapat tawaran menjadi juru foto perkahwinan. Saya tidak melepaskan peluang , saya sahut cabaran dan alhamdulillah semua hasil karya saya disukai ramai.
Saya Lebih meminati fotografi jalanan dan jurnalism peperangan sebab saya suka merakam gambar-gambar yang mempunyai cerita tetapi dalam masa yang sama saya berkecimpung dalam fotografi potret, lanskap dan lain-lain bagi memantapkan lagi skill fotografi.

Saya berharap suatu hari nanti saya akan berjaya dalam bidang fotografi.. Insya Allah!!

No comments:

Post a Comment