Followers

Powered By Blogger

Friday 21 September 2012

APA ITU RAW FORMAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini nak membincangkan tentang APA ITU RAW format dalam teknik penggambaran fotografi.


Kepada yang masih baru dalam bidang fotografi dalam kata lain, orang panggil "newbie" ramai yang bertanya apa itu RAW format , apa kelebihannya,kekurangan dan yang mana satu nak guna JPEG atau RAW. macam orang kat atas tengah garu kepala dok memikirnya .hehehehe gurau ja.

Kebiasaannya bila kita tangkap gambar, kamera akan proses gambar yang kita ambik tadi mengikut setting yang ditetapkan di dalam kamera tersebut (white balance, contrast, color mode, etc) dan disimpan sebagai format JPEG. Tapi untuk format RAW, gambar yang kita ambil tidak akan diproses atau hanya diproses secara minima (unedited & uncompressed). Sebab itu dinamakan RAW image atau dalam Bahasa Melayu, imej mentah.

Kalau zaman dulu fotografi menggunakan filem 35mm format untuk merekodkan imej yang ditangkap, RAW pun sama mcam filem jugak cumanya dalam bentuk digital. Hal ini kerana , dengan penggunaan filem , kita perlu memprosesnya di bilik gelap ( dark Room ) menggunakan pelbagai bahan cecair kimia untuk menghasilkan imej yang tidak nampak ( Latern Image ) kepada imej yang nampak dalam bentuk negatif dan di prin untuk dijadikan imej nagatig itu ke bentuk imej positif di atas kertas gambar. Jadi format RAW pun sama jugak cuma ianya diproses secara digital menggunakan aplikasi editing komputer seperti Adobe Photoshop, Light Room dan sebagaianya. Raw file perlu di proses , di edit dahulu lalu untuk dijadikan hasil muktamat dan di tukarkan ( convert ) kepada imej positif iaitu JPEG Format.

Semestinya RAW mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
Kualiti imej yang lebih baik setelah di save ke JPEG, berbanding JPEG yang diproses oleh kamera.
Jika sesuatu gambar terlalu terang atau gelap, korang boleh ubah nilai exposuredan brightness sehingga gambar atau imej menjadi terang tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Kalau JPEG, noise akan terhasil bila korang cuba nak naikkan brightness sama ada menggunakan tool level atau curve.
Boleh tukar white balance dalam komputer.

Sementara kelemahan RAW pulak:
Saiz fail yang besar iaitu 3 kali ganda dari saiz fail JPEG. Contohnya, kalau kamera korang 10mp, file JPEG yang terhasil biasanya bersaiz 3mb, jadi fail RAW akan bersaiz 9mb.
Masa yang agak lama untuk diproses, melainkan korang dah pro tahap gaban dan ultraman..hehe..

Secara peribadi, aku lebih suka shot dalam RAW terutama bila shot gambar landskap dan wedding. Kadang-kadang gambar silap exposure dan white balance. So dengan RAW, senang-senang je aku boleh repair tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Tapi kalau setakat nak snap2 biasa je macam tengah lepak dengan kawan, pakai JPEG pun dah ok.

No comments:

Post a Comment