Followers

Wednesday, 19 September 2012

Tips Foto Jalanan ( street photography )

Assalammualaikum,
    Kali ini aku nak kongsi serba sedikit tips tentang fotografi jalanan. Tips ni bukan la wajib korang pakai ia hanya cuma sebagai rujukan untuk korang berexperimentasi. Jika korang ada cara yang lebih baik sila gunakan cara anda kerana ia bersesuaian dengan diri anda. Kalau tips aku korang suka nak guna pun boleh.

Sebelum tu nak beri sedikit penerangan tentang fotografi jalanan ( Street Photography ). Street photography ini adalah salah satu cabang fotografi. Tugasnya mendokumentasi detik-detik spontan dijalanan  dengan cara mengambil gambar .

Street photography tidak terhad kepada sesebuah kamera sebagai contoh DSLR. Korang boleh guna apa jua jenis kamera yang korang ada untuk melakukan street photography. Tak kira la camera phone ka, compact camera ka, DSLR, medium format, rangefinder , semua boleh pakai.

Antara tips jika melakukan street photography ini ialah :

  • Bergerak dengan ringan
Bergerak dengan ringan bermaksud mudah bila berjalan. tak perlu bawa segala peralatan kamera korang yang 20 kilo tu. Cukup sekadar yang perlu, kamera,lens,film ,memory card,battery.

  •  Berlakon seperti pelancong
Pakaian haruslah biasa . Tak perlu segala foto vest ,pas dan sewaktu dengannya.  dress smple sudah. berlakon seperti pelancong. Berinteraksi dengan orang awam, tanya jalan ke dan lain-lain. Alaa macam korang melancong walaupun kat tempat sendiri.  Ini sebab kita x mahu kita terlalu menonjol dalam khalayak umum.

  • 35mm lens atau 50mm
Jika korang guna DSLR untuk ambil gambar foto jalanan cadangan aku guna prime lens 35mm ataupun 50mm. Sebab 35mm atau 50mm ni dikira normal lens. sudud lens 50mm adalah sama macam sudud mata kita melihat. Lagi satu kalau korang pakai ptime lens 35/50mm ni korang boleh ambil gambar lebih dekat jadi gambar korang nampak seperti korang berada dalam situasi tersebut dan mengihdupkan penceritaan dalam gambar.

  • Sentiasa bergerak
Kalau boleh korang jagn statik satu tempat je. Bergerak ke seluruh pelusuk area yang korang pergi sebab kat lain tempat lagi banyak moment-moment yang koran boleh dapat.

  • Senyum dan terima kasih
Bila korang shoot foto jalanan terutama korang snap gambar orang, jagn lupa senyum dan ucap terima kasih sebab ia adalah satu cara untuk tidak menjadi syak wasangka kepada orang yang kita ambil gambarnya. 

  • Jangan ramai-ramai tapi jagn sorang-sorang
Kalau korang outing street photography jangan ramai-ramai sangt sampai 20-30 orang cukup sekadar 2-5 orang . Tapi jagn keluar sorang-sorang pulak nanti kalau jadi apa-apa susah pulak.

  • Kita ada HAK
Sesetengah orang awam akan tanya bukan-bukan bila kita amek gambar di jalanan. Jika seseorang tu menyuruh kita padam gambar yang diambil, kita berhak untuk menolak sebab kita ada hak mengambil gambar asalkan ia masih di tempat awam.

  • Mencelah subjek kita ( Unticipate the subject )
Kalau korang nak ambil gambar seseorang tu tapi x mahu dia perasan  korang belakon la macam korang sedang ambil gambar di belakang subjek tersebut..

Itu antara tips-tips yang aku pakai bila ambil gambar jalanan.Harap korang boleh guna serba sedikit tips aku ini. Kalau ada apa-apa hantarkan komen korang kat blog aku untuk kita berdiskusi.

SELAMAT BERKARYA....

4 comments:

  1. aq xpham tntang hak tu...cba trangkn skit..

    ReplyDelete
  2. Thanks for review, it was excellent and very informative.
    thank you :)

    ReplyDelete