Followers

Thursday, 20 September 2012

Idaman ...

Assalammualaikum,
   Pagi-pagi buta pukul 5 pagi tak tau nak buat apa, on facebook pun x da  apa-apa yang menarik jadi terfikir nak tulis blog la. Tajuk harini adalah IDAMAN....

Sejak dia mula muncul, pertama kali aku melihat matahati aku memang terpikat terus. Cinta pandang pertama la katakan. dengan bentuknya yang sedap mata memandang, slim,cute memang sapa-sapa pun akan tertarik.

Korang tau la kan kalau benda mahal ni mesti payah nak dapat. Jual mahal la katakan. Tapi sapa-sapa yang berada,poket lebat boleh la dapat. Aku ni yang papa kedana mana mungkin memilikinya. Tapi aku x putus asa,aku akan cuba berusaha untuk mendapatkannya. Korang dok baca mesti tertanya-tanya apa penda tu yang aku idamkan. Korang dok fikir awek cun la ni hehehehe .

FUJIFILM X100

Benda cute ni la idaman aku...hehehehe

Bagi seorang juru foto jalanan seperti aku memang akan tertarik dengan kamera ni. Bentuknya yang eligen, kompak, dan retro memang kegilaan kebanyakan juru foto jalanan. Design X100 ni hampir sama dengan legendry Leica Rangefinder camera cuma X100 tak boleh tukar lens macam Leica RF camera. Lagipun harga fuji X100 20 kali ganda murah dari Leica RF. Leica kamera pun paling murah RM 3 ribu untuk leica M6 film RF. Kalau Leica M9 body saja  harganya RM 20 ribu x masuk lens lagi. Jadi untuk tidak kempunan nak dapatkan leica memang aku x mampu, X100 pun dah memadai. Fuji X 100 baru dalam RM 2899 jauh beza harga dengan leica. ni aku tunjuk kat korang  Leica M9 RF camera made in Germany.


LEICA M9 RANGEFINDER CAMERA

Mudah-mudahan aku dapat jugak apa yang aku idamkan. :)

No comments:

Post a Comment