Followers

Sunday, 23 September 2012

BAGAIMANA HENDAK AMBIL GAMBAR "PANNING"

Assalammualakim dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Entri kali ini nak kongsikan cara-cara nak shoot panning photography.

Panning adalah memotret dengan menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan subjek yang ingin dibidik sehingga subjek  akan nampak fokus sementara background nampak kabur.  Berikut beberapa langkah praktik melakukan panning:



  • Jangan gunakan tripod ketika hendak mengambil gambar panning. Kamera sebolehnya boleh bergerak dengan lancar.
  • Set ke mode Shutter priority ( S / TV )
  • Shutter speed yang digunakan untuk shoot panning adalah diantara 1/30 hingga 1/8, jadi setkan kelajuan diantara nombor tersebut
  • Cari subjek yang beregerak dalam pergerakan melintang . Tips : Cari background yang berwarna -warni untuk nampak lebih menarik.
  • Bidik kamera pada subjek yang hendak di gambarkan sambil menekan punat shutter separuh untuk focus. Setkan AF drive anda ke Servo atau untuk nikon continous AF.
  • Usahakan tangan bergerak selembut mungkin, gerakan kejut yang mendadak bisa mengakibatkan hasil foto yang tidak menarik
  • Saat tangan kita sudah ‘seirama’ dengan gerakan objek, tekan punat shutter sepenuhnya untuk mengambil gambar .
Untuk mengambil gambar panning ni perlukan banyak latihan dan perlu mengambil lebih dari sekeping gambar sebab kebanyakan shot tidak menjadi ,dalam banyak-banyak satu ja yang menjadi, Jadi kena banyak usaha untuk mendapatkan shot yang kita nak.

SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment