Followers

Powered By Blogger

Sunday 23 September 2012

Lens Hood

Assalammualaikum dan salamt sejahtera. Entri kali ini nak kongsikan apa itu lens hood pada lensa DSLR dan apa kegunaan lens hood .

Lens hood adalah seperti tudung berbentuk bulat yang dipasang dihadapan lens. Lens hood terdapat beberapa bentuk dan jenisnya. Pertama lens hood berbentuk bulat dan lagi satu berbentuk bunga ( flower shape ).Kebanyakan lens hood menggunakan bahan plastik atau besi namun jika nakkan fleksibeliti dalam penggunaan lens hood ada jugak yang menggunakan bahan getah ia boleh di simpan dengan lebih mudah.



LENS HOOD BERBENTUK BULAT



LENS HOOD BERBENTUK BUNGA



LENS HOOD GETAH



LENSA YANG DIPASANGKAN LENS HOOD



FUNGSI LENS HOOD :

Fungsi lens hood adalah untuk melindung dari cahaya yang tidak berkenaan daripada masuk kedalam lensa. Ianya sama seperti kita memakai topi untuk melindung mata daripada silau cahaya matahari.



Jika tidak menggunakan lens hood gambar akan kelihatan pudar dan terdapat cahaya cilau ataupun di panggil Flaire.



HASIL GAMBAR TIDAK MENGGUNAKAN LENS HOOD. JELAS NAMPAK BOLA-BOLA CAHAYA YANG DIPANGGIL FLAIRE.
( Gambar disengajakan under expose kerana hendak menampakkan detail pada langit )



HASIL GAMBAR SETELAH MENGGUNAKAN LENS HOOD. FLAIRE DAPAT DIHINDARKAN.

Selain melindung daripada cahaya yang tidak berkenann, fungsi lens hood itu sendri adalah sebagai pelindung daripada kecelakaan. Jika lens hood dipasang pada lensa, apabila lensa terhantuk pada dinding atau terkena percikan air dan sebagaianya ia tidaklah merosakkan elemen kanta pada lensa daripada calar atau pecah, 

Setiap lens hood hanya boleh digunakan untuk lensa-lensa tertentu sahaja. Sebagai contoh lens hood berbentuk bunga,ia hanya boleh digunakan hanya untuk lensa zoom yang mempunyai jarak focal dari sudud luas ( wide angle ) hingga ke sudud jauh ( telephoto angle ). Ini kerana design bentuk lens hood bunga itu memain peranan terhadap jarak focal lensa tersebut. Lens hood berbentuk bunga mampu melindung cahaya yang tidak berkenaan dari wide angle mahupun telephoto angle seperti lensa 18-200mm

Untuk Lens hood berbentuk bulat hanya sesuai digunakan  pada lensa zoom telephoto seperti 70-200mm ataupun prime lens seperti 50mm. ini kerana element kanta sudah berada di kedudukan jauh daripada kamera dan bagi prine lens elemen kantanya statik dan tidak berubah .

Ada kengkadang orang betanya, lens hood ni pakai waktu siang je waktu malam macam mana. Saya cadangan setiap masa pakai lens hood jika hendak mengambil gambar.

Demekian, saya sarankan kepada sesiapa yang tidak ada lagi lens hood harap dapat membelinya. Jika hendak membeli pastikan ianya sama saiz diamter lensa anda. Jika tidak tahu diameter lensa anda, boleh lihat pada pentutp lensa anda ada tertulis 58mm atau sebagainya.



No comments:

Post a Comment